masa

Tuesday, March 17, 2009

Soalan UPSR BM

Bahasa Malaysia:pemahaman

Ujian Diagnostik
Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ _____________ mahu pengkhianat itu ditangkap,” titah Sultan Mansur.

A Beta

B Patik

C Hamba

D Baginda

2 Cikgu Marlia menyampaikan ucapan perpisahan kepada murid-muridnya. __________ berpesan kepada ______________ supaya rajin mengulang kaji pelajaran.

A Dia…mereka

B Ia…kita

C Beliau…mereka

D Baginda…kamu

3 “ Jangan bergaul dengan _____________,” ibu melarang abang bergaul dengan budak-budak nakal itu.

A kami

B kamu

C awak

D mereka

4 “Dari mana _____________ mendapat buku ini, Nasir? Boleh pinjamkan buku ini kepada _____________?” tanya Irfan.

A kita…kami

B kamu…saya

C awak…kamu

D kamu…kita

5 Sultan Sharif berasa dukacita kerana terpaksa meninggalkan istana _____________ yang telah ditawan musuh.

A beta

B tuanku

C baginda

D patik

6Walaupun Encik Daud seorang usahawan terkenal, namun _______________ tidak pernah meninggi diri.

A dia

B beliau

C baginda

D mereka

7 “Sudah beberapa kali _____________ mengingatkan _____________ supaya jangan membuang sampah di dalam longkang,” kata Cikgu Saleh kepada Asraf.

A kami…kamu

B awak…kita

C kita…kalian

D saya…kamu

8 “ Segala arahan _______________ mestilah dilaksanakan dengan segera,” titah Sultan Ahmad kepada para pembesarnya.

A dia

B beta

C hamba





D tuanku

9 “ _____________ perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum mengikuti rombongan ini,” kata Cikgu Zaini kepada murid-murid itu.

A Dia

B Kamu

C Beliau

D Mereka





10 “_____________suka makan nasi ayam. _______________pula suka makan apa?” tanya Nazirah kepada Adilah.

A Saya…Kita

B Saya…Kamu

C Kamu …Saya

D Aku …Dia


Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Hampir ______________ daripada kek itu dimakan oleh adik.

A segala

B semua

C separuh

D masing-masing

12 Ibu membeli __________ barangan cenderahati di kedai kraf tangan itu.

A setiap

B segala

C seluruh

D pelbagai

13 Negara kita dikunjungi oleh ____________ pelancong pada setiap tahun.

A juta

B jutaan

C berjuta

D kesejuta

14______________ orang murid yang ponteng sekolah itu didenda oleh Cikgu Adnan.

A Tiga

B Ketiga

C Bertiga

D Ketiga-tiga


Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15Pokok yang tumbang itu telah menimpa ______________ buah kenderaan di tepi jalan.

A para

B semua

C beberapa

D sebahagian

16Hanya ______________ sahaja daripada penduduk kampung telah bersetuju menyertai projek ternakan itu.

A semua

B segala

C seluruh

D sebahagian

17Anggota keselamatan berjaya mengeluarkan ______________ mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh itu.

A semua

B segala

C setengah

D masing-masing

18Encik Azhar mengeluarkan _______________ daripada wang simpanannya di dalam bank untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.

A segala

B semua

C separuh

D sesetengah

19 “Sila ambil tempat ____________,” kata pengacara itu kepada para peserta yang mengambil bahagian.

A tiap-tiap

B beberapa

C sebahagian

D masing-masing

20 Sudah ______________ cara dilakukan, namun anak kecil itu tetap menangis juga.

A setiap

B setengah

C berbagai-bagai

D masing-masing







Dua tiga kucing berlari;

Berlari-lari di tepi telaga;

Rumahku cantik lagi berseri,

Tempat berhimpun seisi keluarga.


Anak panglima gagah perkasa,

Setiap hari asyik berjaga;

Teratak indah di hujung desa,

Laksana syurga kami sekeluarga.

• Lafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
• Cari kata bilangan dalam pantun tersebut.
• Cipta serangkap pantun tentang keistimewaan rumah kamu.

Penilaian

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1
__________ pegawai kerajaan disaran agar menjalankan tugas dengan jujur dan berdisiplin.

A Segala

B Semua

C Seluruh

D Setengah

2 Pihak polis telah mengambil ____________ langkah untuk mengurangkan kes jenayah di kawasan bandar.

A setiap

B seluruh

C pelbagai

D setengah

3 Encik Arumugam memenangi sebuah komputer apabila terpilih sebagai pengunjung ______________ pameran buku itu.

A ribu

B ribuan

C keseribu

D beribu-ribu

4 Pihak polis menahan ______________ lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak.

A empat

B keempat

C berempat

D keempat-empat

5 ______________ buah kenderaan tenggelam dalam kejadian banjir di ibu kota.

A Setiap

B Segala

C Sepuluh

D Sebahagian




· Baca perbualan dengan teliti.
· Berikan nilai murni dan pengajaran.
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

· Cari kata ganti nama diri orang.
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ Marilah ___________ pergi menziarahi guru kita yang sedang sakit,” kata Jamilah kepada rakannya.

A dia

B kita

C kami

D kamu

2 “___________ perlu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah,” pesan Cikgu Baharin kepada anak-anak muridnya.

A Awak

B Beliau

C Kamu

D Anda

3 Menurut Vivien, kemalangan itu berlaku ketika ___________ dan Sally sedang menunggu bas di tepi jalan.

A dia

B kita

C kami

D mereka

4 Walaupun Datuk Majid sibuk dengan urusan perniagaannya, namun __________ sempat meluangkan masa menghadiri majlis itu.

A kau

B beliau

C baginda

D mereka

5 “__________ berjanji tidak akan melakukan kesilapan lagi,” kata Azri dan Choo Kien kepada Cikgu Dahari.

A Saya

B Kami

C Hamba

D Baginda

Bahasa MAlaysia: penulisan


Kertas ini mengandungi dua soalan.

Kamu dikehendaki menjawab Soalan 1 dan Soalan 2.

Bagi Soalan 1, kamu boleh membuat pilihan sama ada menjawab Soalan 1 (a)
atau Soalan 1 (b).

Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Soalan 1
(a) Baru-baru ini sekolah kamu telah menjayakan program hari Kantin. Kamu
dikehendaki menyediakan laporan mengenai program tersebut.

Atau

(b) Sejak kebelakangan ini banjir sering berlaku di negara kita. Tuliskan sebuah
karangan mengenai cara-cara untuk mengelakkan daripada berlakunya
banjir.

Soalan 2
Hari sudah lewat petang, kami mendayung sampan untuk pulang ke rumah. Sedang
kami mendayung itu tiba-tiba ........................

anda boleh print soalan ini

No comments:

Post a Comment